BOMBA JOHOR SANITASI 2,271 LOKASI

BOMBA JOHOR SANITASI 2,271 LOKASI

Foto: ihsan bomba

JOHOR BAHRU 191120 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor melakukan kerja-kerja sanitasi awam di 2,271 lokasi di seluruh negeri sejak 27 Mac hingga semalam.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Johor, Penguasa Bomba Khairul Hiysam Hamim berkata, proses berkenaan dilakukan di pelbagai tempat strategik dan tumpuan ramai, antaranya rumah ibadat, bangunan kerajaan dan tempat awam.

“Johor Bahru merupakan daerah yang paling banyak melibatkan kerja-kerja sanitasi, semuanya berjumlah 457 lokasi.

“Ini diikuti dengan daerah Batu Pahat sebanyak 339 lokasi, Kota Tinggi (277), Muar (231), Kluang (198) dan lain-lain.

“Pecahan lokasi sanitasi melibatkan sebanyak 874 bangunan kerajaan, 174 rumah ibadat, 490 tempat awam dan 733 lain-lain lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, proses sanitasi dilaksanakan dengan menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) dan bancuhan bahan kimia bertujuan mengawal penularan pandemik COVID-19. – JT

(Visited 19 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: