BAJET 2021 UNTUK KEMAKMURAN, PULIH EKONOMI – PM

BAJET 2021 UNTUK KEMAKMURAN, PULIH EKONOMI – PM

PUTRAJAYA 041120 – Kerajaan dijangka membentangkan belanjawan pengembangan bagi memastikan kemakmuran rakyat, kelangsungan perniagaan dan daya tahan ekonomi dalam waktu yang mencabar ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Fokus pertama kerajaan dalam Belanjawan 2021 ialah memerangi COVID-19, daripada perspektif kesihatan dan sehubungan itu, sejumlah besar dana akan disalurkan untuk tujuan menangani pandemik dan memberikan sokongan yang diperlukan kepada petugas barisan hadapan terutamanya dalam bentuk infrastruktur.

“Kita akan lakukan sekarang dan terus melakukannya sehingga COVID-19 berakhir,” kata beliau kepada BERNAMA dan stesen televisyen tempatan di sini hari ini, menjelang pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat ini.

Belanjawan 2021 kali ini merupakan yang pertama di bawah kerajaan Perikatan Nasional.

Beliau menegaskan belanjawan ini adalah kesinambungan daripada empat pakej rangsangan bernilai RM305 bilion yang telah diumumkan sejak Malaysia terjejas oleh pandemik COVID-19.

Pakej rangsangan paling terbaharu ialah bantuan tambahan di bawah pakej Kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN (KITA PRIHATIN) bernilai RM10 bilion seiring dengan usaha untuk meningkatkan pemulihan ekonomi.

Pakej KITA PRIHATIN ini ialah lanjutan daripada pakej rangsangan ekonomi sebelumnya, iaitu PRIHATIN, PRIHATIN SME PLUS dan PENJANA dengan nilai RM295 bilion, atau kira-kira 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, dengan suntikan fiskal tambahan sebanyak RM45 bilion oleh kerajaan.

(Visited 14 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: