4 TERIMA DARJAH KEBESARAN DARIPADA SULTAN IBRAHIM

4 TERIMA DARJAH KEBESARAN DARIPADA SULTAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU 221120 – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Dạtuk kepada empat individu.

Majlis penganugerahan berlangsung di Istana Pasir Pelangi di sini bersempena ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke-62 pada hari ini.

Turut hadir, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

DMIJ dianugerahkan kepada Datuk Bandar Iskandar Puteri, Salehuddin Hassan; Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Aman Rabu; Mejar Cina, David Wong Khoong Soon dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), Avinderjit Singh Harjit Singh. – Sinar Harian

https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/3494940183955382/

https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/747865355812875/

https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/700737407223404/

https://www.youtube.com/watch?v=r6vX38l81PE
(Visited 32 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: