WUJUD ZON INDUSTRI PERIKANAN DI TIGA DAERAH

WUJUD ZON INDUSTRI PERIKANAN DI TIGA DAERAH

PASIR GUDANG – Johor akan mewujudkan Zon Industri Perikanan di Muar, Batu Pahat dan Pontian pada tahun depan sebagai usaha memelihara habitat hidupan laut yang semakin diancam kepupusan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Samsolbari Jamali berkata, zon itu diwujudkan bagi membantu mengekalkan habitat hidupan laut terutamanya kupang, kerang dan ikan sangkar.

“Pada masa sama dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil laut itu. Lebih penting kita hendak mengekalkan industri kupang di negeri ini secara berterusan, realitinya ia dihimpit dengan kepupusan, bukan kupang yang pupus tetapi habitatnya yang pupus,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau pusat penternakan kupang di perairan Kuala Masai di sini hari ini.

Katanya, inisiatif tersebut diambil supaya mempunyai satu kawasan khusus selain terpelihara daripada pembangunan yang boleh mengancam hidupan laut berkenaan pada masa depan.

Menurutnya, zon berkenaan dimulakan dengan tiga kawasan sebelum diperluaskan menjadi sembilan kawasan pada masa akan datang.

Pada ketika ini kerajaan negeri memilih kawasan yang tidak mempunyai masalah bagi menjayakannya dan mereka yang mengusahakan penternakan dapat menjalankan perusahaan dengan lancar dan tiada pencemaran.

Dalam perkembangan sama, pihaknya dalam peringkat akhir untuk memberi kemudahan kepada nelayan pemegang Lesen Pendudukan Sementara (LPS) termasuk akan memberikan insentif.

“Pada masa sama kita berada pada tahap akhir beri kemudahan kepada nelayan, apabila LPS dikenakan terhadap pengusaha, ini adalah demi kebaikan negeri dan pengusaha.

“Berkenaan insentif, kita akan lihat bila mula bayar dan kadar setiap meter pada mereka, ini adalah soal kupang kerana realitinya Johor adalah pengeluar kupang dan kerang terbesar negara,” katanya. – JT

(Visited 12 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: