@utm_my TANGGUH PENDAFTARAN PENUNTUT

UTM TANGGUH PENDAFTARAN PENUNTUT

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menangguhkan sementara pendaftaran pelajar baharu dan lama ke kampusnya di Skudai dan Kuala Lumpur sehingga pengumuman selanjutnya.

Pejabat Naib Canselor UTM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, semua pelajar tidak perlu hadir ke kampus untuk membuat pendaftaran dan pembelajaran.

Pelajar boleh melakukan pendaftaran secara dalam talian sehingga ke satu tarikh yang dimaklumkan kemudian berikutan perkembangan terkini COVID-19 yang semakin meningkat.

“Selain itu, Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) untuk pelajar baharu juga akan dijalankan secara dalam talian.

“Pelajar yang sudah hadir ke kampus akan dibantu untuk penempatan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi sebarang maklumat lanjut dan terkini berhubung semester 1 2020/2021 akan dimuat naik dari semasa ke semasa dan boleh diperoleh menerusi https://www.utm.my/faq-pp-sem-1-2020-2021/ atau pelajar juga boleh menghubungi talian hotline 01118687022 (8.30 pagi – 4.30 petang, Ahad – Rabu; 8.30 pagi – 3.00 petang, Khamis).

“Sehubungan dengan itu, makluman rasmi yang dikeluarkan pada 25 September lalu dan pekeliling berkaitan oleh Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) adalah terbatal.

“Semua pelajar diingatkan untuk sentiasa peka terhadap sebarang makluman terkini dan mematuhi arahan ditetapkan dalam menangani pandemik COVID-19,” katanya. – BH

(Visited 1 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: