ULAR SAWA TELAN BABI HUTAN DITANGKAP

ULAR SAWA TELAN BABI HUTAN DITANGKAP

BATU PAHAT – Seekor ular sawa yang kekenyangan selepas menelan babi hutan ditangkap dalam parit tepi jalan di Kampung Parit Semo, Ayer Hitam, dekat sini hari ini.

Reptilia sepanjang tujuh meter dan seberat 100 kilogram itu ditangkap pada pukul 4.18 petang.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II, Shalneeraj Abdullah berkata, tujuh anggota dan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dihantar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati seekor ular sawa berada dalam parit di tepi jalan menuju ke rumah penduduk.

“Menurut pemanggil yang juga penduduk berusia lingkungan 40-an, dia ternampak ular sawa itu ketika melalui kawasan parit berkenaan lalu bertindak menghubungi bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shalneeraj berkata, ular sawa itu berjaya ditangkap dalam tempoh kira-kira tujuh minit dengan menggunakan penjerut.

Replitia tersebut diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor. – JT

(Visited 49 times, 2 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: