TUTUP SEKOLAH: KEDAH TUNGGU HASIL PERBINCANGAN DENGAN MKN

TUTUP SEKOLAH: KEDAH TUNGGU HASIL PERBINCANGAN DENGAN MKN

ALOR SETAR: Cadangan penutupan sekolah di kawasan penularan COVID-19 di negeri ini hanya boleh dilakukan dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Datuk Najmi Ahmad, berkata cadangan itu hanya boleh dibuat oleh Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, dalam mesyuarat berkenaan yang turut membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), dan agensi lain.

“Sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), saya tidak boleh memberi kenyataan mengenai sebarang cadangan penutupan sekolah.

“Kita tunggu pengumuman MKN pusat sekiranya terdapat cadangan dilakukan dalam mesyuarat itu nanti, kita tidak mahu berlaku terlalu banyak arahan dan keputusan yang dibuat pihak tertentu kerana ia hanya akan menimbulkan situasi kelam kabut dalam masyarakat,” katanya ketika dihubungi hari ini – BH.

(Visited 7 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: