TERUS JADIKAN NORMAL BAHARU SATU BUDAYA

TERUS JADIKAN NORMAL BAHARU SATU BUDAYA

KOTA TINGGI – Masyarakat perlu terus dan diingatkan tidak leka mengamalkan normal baharu bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, ramai yang sedar punca dan cara mengekang jangkitan COVID- 19.

“Ketika itu masyarakat peka dan mendengar nasihat penjagaan diri, mencuci tangan, mengamalkan penjarakan sosial, mengelak 3S (crowded, confined, close) iaitu kawasan sesak dan sempit serta bersembang atau bertutur dalam jarak yang dekat.

“Namun ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan kita lihat amalan ini nampaknya belum menjadi budaya. Ada yang bersesak-sesak ketika membeli-belah dan menggunakan lif selain tidak memakai pelitup muka. Bagaikan tidak takut maut,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Sesi Townhall Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan Covid-19 Bersama Pemimpin Combi di Desaru, di sini hari ini.

Katanya, masyarakat hanya risau dan takut apabila mendengar kes meningkat termasuk semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tempat tertentu.

Adham berkata, amalan yang diterapkan dalam norma baharu mengekang Covid-19 seharusnya menjadi budaya masyarakat sepanjang masa dan bukannya hanya ketika berlaku peningkatan kes.

Sehubungan itu, kementeriannya berharap Combi dapat menjadi sukarelawan bagi meningkatkan kesedaran terhadap norma baharu dalam kalangan anggota masyarakat.

Beliau memberitahu, sehingga bulan lalu, terdapat 3,007 pasukan Combi diseluruh negara membabitkan 26,191 sukarelawan.

“Sementara itu, di Johor ada 25 pasukan Combi yang berdaftar dengan penglibatan seramai 1,530 sukarelawan,” katanya. – JT

(Visited 2 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: