SWM AGIH PEK KASIH COVID KEPADA PETUGAS

SWM AGIH PEK KASIH COVID KEPADA PETUGAS

JOHOR BAHRU 291020 – SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) mengagihkan Pek SWM Kasih COVID-19 kepada 4,593 warga kerjanya di 15 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Pengurus Wilayah Johor, Mohd. Zan Arris berkata, inisiatif itu sebagai mematuhi Langkah Perlindungan dan Pencegahan COVID-19 yang dilaksanakan secara berterusan sejak Februari lalu.

“Ini bagi menghindarkan sebarang risiko jangkitan membabitkan warga kerja SWM Environment dan seterusnya memastikan kelancaran operasi perkhidmatan terutamanya dalam keadaan semasa yang menyaksikan peningkatan kembali kes penularan COVID-19.

“Pengagihan pek itu mengandungi pelitup muka, pensanitasi tangan dan barangan kebersihan diri anti-bakteria bagi memenuhi keperluan dan membolehkan setiap warga kerja SWM Environment bersedia dengan pek perlindungan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, inisiatif itu mula dilaksanakan sejak April lalu dengan sumbangan disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah (B40).

Tambahnya, penerima manfaat inisiatif berkenaan telah diperluaskan kepada warga kerja SWM Environment dan kontraktor bagi menghargai peranan mereka sebagai barisan hadapan kebersihan negara.

Sementara itu, beliau berkata, pihak SWM Environment komited untuk membudayakan normal baharu dan memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam memutuskan rantaian wabak berkenaan

SWM Environment menyeru orang ramai untuk bersama-sama memutuskan rantaian wabak tersebut dengan melupuskan sisa pelitup muka secara tertib bagi menghindarkan risiko jangkitan. – JT

(Visited 25 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: