SPA LULUSKAN 1,223 STAF KESIHATAN KONTRAK

SPA LULUSKAN 1,223 STAF KESIHATAN KONTRAK

PUTRAJAYA: Seramai 1,223 petugas kesihatan secara kontrak sudah diluluskan dan akan mula bertugas di beberapa daerah di Sabah dan Labuan bermula Rabu ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memaklumkan perkara itu, pagi tadi.

“Daripada jumlah itu, seramai 624 Jururawat Gred U29, 336 Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, 213 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 dan 50 Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29.

“Bagi Jururawat Gred U29 yang diluluskan, sebanyak 317 Jururawat Gred U29 akan ditempatkan di Sabah, manakala 18 lagi akan ditempatkan di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kebanyakannya terdiri daripada anak kelahiran tempatan. Kementerian Kesihatan berharap dengan pertambahan petugas kesihatan ini, ia akan dapat memperkukuh lagi penyampaian perkhidmatan di negeri-negeri yang berkenaan, khususnya di Sabah dan Labuan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, selaras dengan kelulusan berkenaan, Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan surat tawaran pelantikan kontrak kepada calon yang berjaya pada Isnin ini.

“Tarikh melapor diri bertugas ditetapkan pada hari Rabu iaitu 28 Oktober,” katanya. – BH

(Visited 9 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: