SEORANG LELAKI LEMAS DALAM KOLAM

SEORANG LELAKI LEMAS DALAM KOLAM

BATU PAHAT – Seorang lelaki terjatuh dan lemas dalam kolam air di Parit Sameon, Kota Dalam, Ayer Hitam, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1.59 petang, mangsa yang hanya dikenali sebagai Maniaresan, 54, tergelincir sebelum keluarganya meminta bantuan pihak bomba.

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dihantar ke tempat kejadian.

Ketua Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Shalneeraj Abdullah berkata, mangsa itu terjatuh ke dalam kolam air.

“Mangsa dipercayai terjatuh ketika mencampak saluran getah ke dalam kolam untuk membekalkan air pada tanaman.

“Pihak bomba membuat teknik surface searching menggunakan grap plingiron di sekitar kawasan kolam untuk mencarinya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa berjaya ditemukan kira-kira dua jam kemudian pada jarak hampir dua meter dari tebing kolam.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Operasi mencari dan menyelamat itu ditamatkan pada pukul 4.35 petang. – JT

(Visited 3 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: