SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DALAM NORMAL BAHARU

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DALAM NORMAL BAHARU

JOHOR BAHRU 291020 – Sambutan Majlis Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Johor 2020 tetap diadakan namun dalam normal baharu di
di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini hari ini.

Kira-kira 500 umat Islam termasuk Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Samsolbari Jamali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani hadir.

Majlis yang bermula pukul 7.30 pagi itu sarat dengan pengisian bacaan doa dan selawat, bacaan al-Quran, berzanji serta syarahan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Mohd. Taufik Shamsudin.

Tosrin dalam ucapannya berkata, walaupun sambutan kali ini perlu dilakukan dalam normal baharu, namun tidak menghalang pihak pentadbiran Islam negeri ini untuk menyebar kefahaman dan pengajaran agama Islam.

“Ini sekali gus meraikan hari keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW menerusi sambutan Maulidur Rasul.

“Kita mahu umat Islam tidak terlepas daripada sambutan ini. Justeru, kita mengeluarkan Garis Panduan Tatacara Penganjuran Majlis Sambutan Maulidur Rasul kepada masjid-masjid sebagai mengekang penularan Covid-19,” katanya. – JT

(Visited 23 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: