RUMAH BERHAMPIRAN BANGUNAN UMNO TERBAKAR

RUMAH BERHAMPIRAN BANGUNAN UMNO TERBAKAR

BATU PAHAT 111020 – Sebuah rumah berhampiran Bangunan UMNO musnah dalam kebakaran di Jalan Ayer Hitam-Yong Peng, dekat sini malam tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Shamin Mohamed Salikin berkata,
kebakaran pada pukul 9.08 malam itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Seramai 14 anggota dari BBP Ayer Hitam dengan dua jentera Fire Rescue Team (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran itu memusnahkan hampir 80 peratus rumah berkenaan. Bomba memadamkan kebakaran dengan menggunakan pili bomba berdekatan.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Operasi ditamatkan pada pukul 10.33 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – JT

(Visited 10 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: