RON95, RON97 NAIK 3 SEN

RON95, RON97 NAIK 3 SEN

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 bagi 3 hingga 9 Oktober 2020 akan naik mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan, hari ini, memaklumkan harga runcit RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen kepada RM1.71 dan RM2.01 seliter.

Sementara itu, harga runcit diesel turun satu sen kepada RM 1.70 seliter.

Kenyataan itu turut memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – BH

(Visited 3 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: