POLIS MARIN RAMPAS RM124,881 MINUMAN KERAS SELUDUP

POLIS MARIN RAMPAS RM124,881 MINUMAN KERAS SELUDUP

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas minuman keras seludup bernilai RM124,881 selepas menahan sebuah kereta di kawasan Taman Nusa Bestari 2, Bandar Bestari di sini semalam.

Menerusi serbuan pada jam 5 petang, PPM Wilayah Dua melakukan pemeriksaan dalam kereta Nissan Sylphy itu yang dinaiki dua lelaki selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, hasil siasatan terhadap seorang suspek warga tempatan berusia 46 tahun dalam kereta itu menemukan 56 karton dan sembilan kotak minuman keras seludup yang tidak mempunyai cukai kastam.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan arak dan sebuah kereta berjumlah RM 164,881,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, tangkapan dan rampasan tersebut dibawa ke Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua untuk tindakan lanjut.

Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, penguatkuasaan serta operasi akan dilakukan secara berterusan dan meminta masyarakat segera menghubungi dan berkerjasama dengan pihak berkuasa dalam menangani isu-isu penyeludupan.

Sebarang maklumat katanya, boleh disalurkan kepada Pasukan Polis Marin Wilayah Dua di talian 07-2372221. – JT

(Visited 2 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: