PENGARAH SYARIKAT SWASTA WARGA SINGAPURA DIREMAN 5 HARI

PENGARAH SYARIKAT SWASTA WARGA SINGAPURA DIREMAN 5 HARI

JOHOR BAHRU 251020 – Seorang pengarah sebuah syarikat swasta warga Singapura direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes cuba merasuah pegawai penguat kuasa Imigresen sebanyak RM100.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Mahkamah Majistret Johor Bharu, Faridatul Farrah Mohd. Shukri.

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di pejabat SPRM di Kempas di sini pada jam 3.50 petang semalam.

Dia cuba memberi wang rasuah kepada seorang pegawai penguat kuasa Imigresen untuk membenarkannya masuk semula Malaysia dengan menggunakan Program Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) tanpa perlu melalui tempoh kuarantin 14 hari di Singapura seperti ditetapkan dalam program RGL.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. – JT

(Visited 24 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: