MISTERI KEHILANGAN PESARA POLIS TERUNGKAI – @POLISJOHOR @PDRMsia

MISTERI KEHILANGAN PESARA POLIS TERUNGKAI – @POLISJOHOR @PDRMsia

KLUANG – Penemuan satu jasad dalam sebuah ‘kubur’ sedalam 0.9 mêter dalam kebun kelapa sawit di Batu 26, Kahang, dekat sini semalam menggemparkan pendududuk setempat.

Jasad itu yang sùdah reput dikaitkan dengan seorang pesara polis yang hilang, Su Kim Chiang, 57, di kawasan tersebut sejak 31 Ogos lalu.

Ketika ini keluarga Kim Chiang sedang melakukan pengecaman di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru.

Menurut anak mangsa, Jacky Su Kai Lun, 32, berkata, pihaknya dimaklumkan pihak polis mengenai perkara itu semalam selepas mangsa ‘hilang’ selama 47 hari di kawasan kebun kelapa sawit.

“Hari ini saya dan keluarga termasuk ibu hadir ke HSA untuk proses pengecaman.

“Kami sekeluarga turut dimaklumkan bahawa motosikal bapanya masih belum dijumpai dan proses pencarian masih dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kira-kira pukul 3 petang semalam dia dan keluarga bergegas ke lokasi kubur yang terletak di sebuah kebun selepas penduduk kampung menunjukkan lokasinya.

Pada hari ini, semasa di HSA, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay hadir dan meminta mereka sekeluarga bersabar dan menunggu hasil bedah siasat.

Menurut Kai Lun, ahli keluarga terutama ibunya sedih menerima khabar tersebut, namun lega kerana pencarian mereka berakhir sekiranya mayat itu adalah bapanya. – JT

(Visited 86 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: