MB DIGESA LETAK JAWATAN GAGAL ATASI MASALAH AIR

MB DIGESA LETAK JAWATAN GAGAL ATASI MASALAH AIR

BUKAN sahaja media sosial syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. jadi sasaran kemarahan penduduk berikutan terputus bekalan air, Facebook Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut menjadi tempat penduduk meluah perasaan.

Jika sekali terputus bekalan air rakyat Selangor masih lagi bertolerasi dan cuba mengambil sikap untuk memahami. Namun jika empat kali bekalan air terputus dalam tempoh dua bulan ia sudah dianggap cukup keterlaluan.

Akibatnya hantaran terkini Amirudin yang berkongsi video sempena Hari Malaysia 16 September lalu menjadi sasaran kemarahan penduduk yang tidak boleh lagi bersabar dengan isu bekalan air yang kerap terputus di negeri yang dikatakan paling maju di Malaysia.

Ada antara mereka meminta Amiruddin melepaskan jawatan menteri besar jika tidak mampu selesaikan masalah bekalan air di Selangor.

“Kami tak nak cerita throwback-throwback ni la. Nak cerita latest. Lori tangki dah sampai ke belum depan rumah YB ni. Penuh dah ke swimming pool tu?” tanya May Herda. – SM

(Visited 13 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: