@MAQIS_RASMI JOHOR RAMPAS CILI DARI CHINA BERNILAI LEBIH RM71 RIBU

MAQIS JOHOR RAMPAS CILI DARI CHINA BERNILAI LEBIH RM71 RIBU

ISKANDAR PUTERI 091020 – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas 17,000 kilogram cili besar dianggar bernilai RM71,243 di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Gelang Patah, di sini semalam.

Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A. Rahman berkata, menerusi pemeriksaan pada pukul 3 petang ke atas sebuah kontena mendapati konsainan dari China itu tidak mempunyai sijil fitosanitasi dari negara asal.

“Ia tidak mempunyai sijil fitosanitasi dari negara asal dan gagal mematuhi penggredan, pembungkusan dan pelabelan sebagaimana yang dinyatakan dalam sijil perakuan 3P.

“Kesemua cili itu disita untuk tindakan lanjut, manakala pemandu lori kontena iaitu seorang lelaki tempatan berusia 40-an diambil rakaman percakapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda di bawah Seksyen 15(2) akta sama yang mana jika sabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“Maqis tegas menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk sempadan bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara mematuhi peraturan yang ditetapkan,” ujarnya. – JT

(Visited 27 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: