LELAKI SINGAPURA DITAHAN CUBA RASUAH @imigresenmy @SPRMMalaysia

LELAKI SINGAPURA DITAHAN CUBA RASUAH @imigresenmy @SPRMMalaysia

JOHOR BAHRU – Seorang pengarah syarikat swasta warga Singapura ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana merasuah pihak imigresen.

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor di sini pada pukul 3.50 petang tadi bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan mendapati suspek memberi wang kepada seorang Pegawai Penguat Kuasa Imigresen sebanyak RM100.

Wang itu sebagai balasan untuk membenarkan beliau memasuki semula Malaysia dengan menggunakan Program Laluan Hijau Timbal Balik (RGL)
tanpa perlu melalui tempoh kuarantin selama 14 hari di Singapura seperti ditetapkan dalam program RGL.

Program RGL ialah program yang membolehkan perjalanan rentas sempadan untuk perniagaan penting dan tujuan rasmi bagi kedua-dua negara.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau
RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut. – JT

(Visited 19 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: