LELAKI MAUT KERETA REMPUH POKOK

LELAKI MAUT KERETA REMPUH POKOK

PASIR GUDANG – Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Persona dipandunya melanggar sebatang pokok di Jalan Besar, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Ismail Dollah berkata, dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun memandu sendirian dari Jalan Masai menghala ke Jalan Perkeliling.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok di sebelah kanan jalan.

“Akibat perlanggaaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan kepala dan disahkan meninggal di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.

Pihaknya sedang menunggu laporan sama ada mangsa memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, siasatan lanjut masih diteruskan. – JT

(Visited 12 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: