LELAKI BANGLADESH CEDERA DILIBAS PARANG

LELAKI BANGLADESH CEDERA DILIBAS PARANG

JOHOR BAHRU – Enam sahabat warga Bangladesh nyaris menjadi mangsa rompakan di rumah sewanya di Taman Delima, di sini Jumaat lalu.

Dalam kejadian pukul 5.50 pagi, seorang daripada mereka yang sedang tidur terdengar bunyi sebelum melakukan pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, mangsa berkenaan yang berusia 27 tahun kemudian ternampak kelibat orang dalam rumahnya.

“Mangsa ternampak empat suspek berada di ruang tamu manakala seorang lagi saspek berada di luar rumah.

“Kemudian berlaku pergelutan dan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kiri tapak tangan akibat dilibas dengan parang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa yang bekerja sebagai tukang rumah hanya mengalami kerugian dokumen peribadi miliknya.

Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu agar menyalurkannya menerusi talian hot line IPD Johor Bahru Selatan 07-2182222.

(Visited 18 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: