KP JAKIM MENINGGAL DUNIA

KP JAKIM MENINGGAL DUNIA

KETUA Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Paimuzi Yahya, 59, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh 1 tengah hari ini.

Jakim dalam satu kenyataan memaklumkan, Paimuzi meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan paru-paru.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Kuang, Selangor bagi urusan pengkebumian petang ini.

Semalam, Jakim memaklumkan bahawa Paimuzi bebas daripada jangkitan COVID-19.

Paimuzi menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 pada 6 Oktober lalu di Hospital Sungai Buloh dan keputusan didapati negatif.

(Visited 15 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: