KLUSTER BAKAWALI: 15 POSITIF

KLUSTER BAKAWALI: 15 POSITIF

JOHOR BAHRU: Sebanyak 15 kes kluster Bakawali dilaporkan positif sehingga semalam sejak kewujudan kluster berkenaan dilaporkan 29 September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata susulan itu Kluster Bakawali masih lagi dalam pemantauan dan dijangka tamat pada 28 Oktober.

“Sehingga semalam, 357 kontak rapat sudah dikenal pasti dan ujian COVID-19 sudah dijalankan dengan semua keputusan adalah negatif.

“Sehingga semalam juga, kumulatif kes COVID-19 dilaporkan di Johor adalah 809 kes dengan 49 kes aktif, 739 kes sembuh dan 21 kematian dilaporkan setakat ini.

“Terdapat lima kes baharu dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) semalam, iaitu satu kes membabitkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah dan empat lagi dikesan hasil saringan kontak rapat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vidyananthan berkata, setakat ini kumulatif kes positif yang membabitkan sejarah perjalanan ke Sabah adalah 26 kes.

“Seramai 1,254 individu yang tiba dari Sabah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) sudah dijalankan ujian COVID-19,’ katanya. – BH

(Visited 23 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: