KLINIK SWASTA DI TAMAN DAYA DITUTUP, 2 PESAKIT SAH POSITIF COVID-19

KLINIK SWASTA DI TAMAN DAYA DITUTUP, 2 PESAKIT SAH POSITIF COVID-19

JOHOR BAHRU:Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) hari ini mengesahkan penutupan sebuah klinik swasta di Taman Daya, di sini, selepas dua pesakitnya didapati positif COVID-19.

Pengarahnya Dr Aman Rabu berkata, penutupan itu berkuat kuasa sehingga proses sanitasi terhadap klinik tersebut dibuat.

“Betul, dah disahkan oleh Pegawai Kesihatan Johor Bahru. Pejabat Kesihatan Johor Bahru telah menasihati (klinik untuk melakukan penutupan) dan siasatan sedang dijalankan,” kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sejak pagi tadi, tular surat daripada pengurusan klinik berkenaan yang memaklumkan penutupan akan bermula hari ini hingga 14 Okt.

Ia adalah susulan dua pesakitnya disahkan positif COVID-19 semalam.

BERNAMA

(Visited 24 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: