KETUA KAMPUNG DAN 4 LELAKI DITAHAN MINUM AIR KETUM

KETUA KAMPUNG DAN 4 LELAKI DITAHAN MINUM AIR KETUM

KULAI – Keasyikan seorang ketua kampung bersama-sama tiga yang lain minum air ketum terbantut apabila diserbu polis di sebuah pondok wakaf di Jalan Klinik, Felda Bukit Batu, Air Bemban di sini malam kelmarin.

Dalam serbuan pukul 10.30 malam, Ketua Kampung Felda Bukit Batu berusia 52 tahun itu terkejut dan tidak sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, pada masa sama pihaknya turut menyerbu sebuah rumah di Felda tersebut dan menahan seorang lelaki warganegara Myanmar.

“Kelima-lima suspek yang ditahan itu berusia antara 25 hingga 52 tahun. Hasil dua serbuan tersebut polis merampas satu botol minuman coke 1.5 liter disyaki air ketum.

“Selain itu kita turut merampas sembilan peket lutsinar disyaki air ketum dengan setiap peket mengandungi 1.0 liter,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, suspek dan semua barang yang dirampas dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk siasatan lanjut.

Beng Yeow berkata, mereka semua dibawa ke Mahkamah Majistret Pontian dan mendapat perintah reman selama tiga hari bermula hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, jika sabit kesalahan boleh penjara empat tahun atau didenda RM10,000. – JT

(Visited 20 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: