KERETA REMPUH KEDAI SERBANEKA

KERETA REMPUH KEDAI SERBANEKA

JOHOR BAHRU – Sebuah kereta Toyota Vios terbabas dan melanggar sebuah kedai serbaneka di Jalan Abdullah Tahir di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, kejadian itu berlaku pukul 3.40 pagi semasa kereta tersebut datang dari Jalan Abdullah Tahir menghala ke Jalan Tebrau.

“Pemandu berusia 25 tahun itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar kedai serbaneka tersebut yang berada di sebelah kiri jalan.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu itu mengalami kecederaan parah dan masih menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

“Kedai serbaneka tersebut pula yang beroperasi 24 jam mengalami kerosakan teruk,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, semasa kejadian itu hanya seorang pekerja kedai tersebut sedang bekerja namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, siasatan masih dijalankan terhadap pemandu terlibat sama ada memandu di bawah pengaruh alkohol ataupun tidak.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalam 1987 kerana memandu dengan tidak cermat.

“Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya. – JT

(Visited 14 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: