KERAJAAN PUSAT LULUSKAN PENUBUHAN JETCO DI SINGAPURA

KERAJAAN PUSAT LULUSKAN PENUBUHAN JETCO DI SINGAPURA

KERAJAAN PUSAT LULUSKAN PENUBUHAN JETCO DI SINGAPURA

JOHOR BAHRU – Kerajaan Pusat hari ini meluluskan penubuhan Johor Economic, Tourism and Cultural Office (JETCO) di Singapura.

JETCO akan berfungsi meningkat kefahaman dan kepentingan kedua-dua negara dalam sektor pelaburan, pelancongan dan kebudayaan.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, penubuhan JETCO di Singapura merupakan usaha kerajaan negeri dalam mendepani cabaran global pasca COVID-19.

“Semoga usaha ini dapat mengembalikan Johor sebagai negeri yang paling kompetitif dan berbudaya di rantau ini.

“Ia merupakan salah satu daripada Tujuh Ikhtiar Makmur Johor seperti yang saya umumkan pada Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pejabat tersebut yang dicadang dibuka di tengah-tengah bandar raya republik itu juga akan memberi penerangan serta mempromosi Johor dan Malaysia amnya, sekali gus meningkatkan kerjasama.

Hasni berkata, penubuhan JETCO adalah untuk mempromosi Johor sebagai destinasi pelaburan, perdagangan, pelancongan dan kebudayaan bertaraf global.

“Lebih-lebih lagi dalam konteks ekonomi semasa, pandemik Covid-19 telah menjadikan globalisasi dan perdagangan antarabangsa amat terganggu dan Johor turut mengalami kesannya.

“Oleh itu, penubuhan JETCO Singapura ini bakal menerobos naratif baharu ekonomi, kebudayaan dan pelancongan pasca Covid-19,” katanya.

Pada masa sama, JETCO akan bekerjasama dengan kementerian dan agensi-agensi kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Johor dalam usahanya untuk menjaga kebajikan rakyat Johor di Singapura.

“Justeru, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, warga Kementerian Luar Negeri, penjawat awam kerajaan negeri dan semua pihak yang terlibat atas sumbangan menubuhkan JETCO,” katanya. – JT

(Visited 29 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: