JKM MINTA BANTUAN CARI IBU KANDUNG AUNI, MIZAN

JKM MINTA BANTUAN CARI IBU KANDUNG AUNI, MIZAN

DUNGUN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kemaman meminta bantuan orang ramai mengesan ibu kepada dua kanak-kanak dikenali Auni, 7, dan adik lelakinya, Mizan, 5.

JKM berkata, ibu kepada dua beradik itu dikenali Noor Azreen Mohd Yusof, 39, yang alamat terakhirnya di Taman Sri Angkasa Hilir,Jalan Hilir 7, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Katanya, berdasarkan alamat itu, pihak JKM ke rumah terbabit dan mendapati Noor Azreen tidak lagi tinggal di situ.

“Kedua-dua beradik itu diselamatkan JKM selepas seorang lelaki yang menjaga kanak-kanak terbabit ditahan polis dalam operasi pada 14 Ogos lalu di sebuah rumah di Bandar Cukai Kemaman.

“Lelaki berusia 48 tahun itu mengaku bapa kepada kedua-dua beradik itu namun gagal mengemukakan sebarang dokumen termasuk sijil lahir kanak-kanak terbabit.

“Berikutan itu, JKM mengambil kanak-kanak terbabit untuk perlindungan dan tindakan selanjutnya,” kata JKM Kemaman hari ini.

JKM berkata, kedua beradik itu kini ditempatkan di Tempat Selamat di Kuala Terengganu sementara pihak JKM mengesan ibu serta waris kedua-dua beradik itu.

“Orang ramai atau waris kepada ibu kanak-kanak terbabit yang mengetahui di mana ibu kepada kedua-dua beradik itu berada diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pelindung Kanak-Kanak Daerah Kemaman, Khairul Azwin Mohd Nor di talian 09-8591686,” katanya. – BH

(Visited 1 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: