JDT KERUGIAN RM35 JUTA AKIBAT COVID-19

JDT KERUGIAN RM35 JUTA AKIBAT COVID-19

ISKANDAR PUTERI – Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kehilangan pendapatan RM35 juta dalam tahun ini akibat pandemik Covid-19.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, situasi semasa terutama ekonomi akan pulih dengan segera dan ini akan memberi kesan positif terhadap pendapatan JDT.

“Kalau ada pemulihan daripada segi ekonomi, kewangan JDT boleh pulih dalam masa antara satu hingga dua tahun.

“Saya rasa dalam masa mencabar Covid-19 ini, kelab pun terkesan daripada kemampuan kewangan, ini satu dugaan amat besar,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JDT di sini hari ini.

Justeru, pihaknya akan mengambil langkah berjimat cermat pada tahun depan.

“Dalam masa yang susah ini..,this challenging time of Covid-19 affect our financial stability..ia adalah satu dugaan yang amat besar..jadi tahun depan kami kena lebih berjimat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sasaran JDT untuk menjadi sebuah kelab dengan nilai mencecah RM1 bilion hampir mencapai objektif dan dijangka direalisasikan pada pertengahan tahun depan.

Menurut Tunku Mahkota Johor, sasaran berkenaan kini sudah mencapai antara 75 hingga 80 peratus.

“Buat masa kini ada empat syarikat antarabangsa yang berminat, saya tidak boleh dedahkan nama masa ini dan bukan sahaja berniaga dalam stadium, tetapi menguruskan stadium tetapi menaja pasukan.

“Benda ini amat positif apabila kelab yang kami bina ini, JDT mendapat sambutan hebat daripada syarikat luar negara,” ujarnya.

Tunku Ismail berkata, perlawanan Piala Malaysia musim ini akan diadakan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin kerana padang Stadium Sultan Ibrahim di sini sedang dalam proses naik taraf. – JT

(Visited 25 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: