IDENTITI ‘JUARA’ LOMPAT PAGAR SPRM

IDENTITI ‘JUARA’ LOMPAT PAGAR SPRM

KUALA LUMPUR: Polis mendedahkan identiti suspek terlibat dalam Macau Scam yang melarikan diri selepas dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed, suspek dikenali sebagai Goh Leong Yeong, 32, beralamat di Blok 25B2-5-8 Miharja Condo, Jalan Cheras di ibu negara.

“Suspek ini dikehendaki bersabit siasatan melibatkan tiga kes di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terlibat dalam penganjuran judi online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Suspek telah melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana terlibat dalam kes Macau Scam baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras Deputi Superintendan Ahmad Zamri Jal di talian 012-8993622 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Faizal Asuar di talian 017-3126411.

Kejadian berlaku pada 11 Oktober lalu di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, selepas suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Suspek dilihat menaiki kenderaan jenis Vellfire bersama peguamnya dan dua pengawal peribadinya.

Bagaimanapun setibanya di pagar utama bangunan berkenaan, tangkapan semula terhadap suspek oleh pihak polis bagaimanapun gagal selepas mendapati suspek tiada dalam kenderaan berkenaan.

Pemeriksaan Kamera Litar Tertutup (CCTV) mendapati suspek telah bertindak memanjat pagar untuk meloloskan diri dibantu dengan dua pengawal peribadinya sebelum menaiki sebuah lagi kenderaan yang menunggunya di luar pagar. -Astro

(Visited 15 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: