HENTIKAN SEGERA POLITIKING – AGONG

HENTIKAN SEGERA POLITIKING – AGONG

KUALA LUMPUR 251020 – Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa ahli politik menghentikan segera segala politiking yang boleh mengganggu kestabilan negara.

Yang di-Pertuan Agong berpendapat tiada keperluan untuk Ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu-gugat kestabilan kerajaan sedia ada.

Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka menegaskan Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen adalah amat penting.

Katanya, baginda menegaskan belanjawan berkenaan amat penting kepada rakyat dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, Yang di-Petuan Agong juga menyeru seluruh rakyat, tanpa mengira latar belakang dan khususnya fahaman politik, mengenepikan segala perbezaan dan perbalahan.

“Bersatu padu dan bersatu hati memainkan peranan masing-masing dalam membantu kerajaan dan pihak berkuasa membendung wabak COVID-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang kita cintai bersama ini,” katanya. – BH

(Visited 13 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: