COVID-19 TERKAWAL KALAU PH MASIH BERKUASA – KIT SIANG

COVID-19 TERKAWAL KALAU PH MASIH BERKUASA – KIT SIANG

KUALA LUMPUR – Sekiranya tidak berlaku Langkah Sheraton, situasi Covid-19 mungkin tidak seteruk sekarang jika pentadbiran masih di bawah Pakatan Harapan (PH).

Itu rumusan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, jika pentadbiran PH, Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad sudah tentu mampu membendungnya.

“Mungkin, dengan pimpinan Dzulkefly dan kerajaan PH tanpa berlakunya Langkah Sheraton, kita akan mempunyai rekod yang lebih baik berbanding dengan Thailand dalam melawan wabak Covid-19, memandangkan jumlah penduduk di Malaysia adalah kira-kira setengah jumlah penduduk di Thailand, jika kita berjaya mengelakkan daripada berlakunya gelombang kedua di bawah sebuah kerajaan pintu belakang.

“Akibat Langkah Sheraton dan kerajaan pintu belakang ini, sedangkan seluruh dunia sedang risau mengenai gelombang kedua penularan wabak Covid-19, kita perlu merisaukan mengenai penularan gelombang ketiga!” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Kit Siang mempersoalkan sama ada penularan Covid-19 kali ini gelombang kedua atau ketiga.

“Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam telah mengatakan yang negara kita sedang berhadapan dengan ‘gelombang baharu’ penularan wabak Covid-19 memandangkan jumlah kes baharu terus-menerus meningkat.

“Beliau berkata dalam satu sidang media semalam: “Jika kita melihat pada carta, kita mendapati peningkatan kes kebelakangan ini. Ini mungkin permulaan satu gelombang baharu.

“Tetapi, adakah Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang kedua ataupun yang ketiga?

“Para Menteri Perikatan Nasional yang tidak bertanggungjawab sering mendakwa yang negara kita akan berhadapan dengan lebih banyak jangkitan dan kematian akibat Covid-19 di bawah pentadbiran PH namun kebenarannya amatlah berbeza,” katanya.- MalaysiaGazette

(Visited 5 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: