COVID-19 RAGUT 3 NYAWA

COVID-19 RAGUT 3 NYAWA

KUALA LUMPUR 101020 – Pandemik COVID-19 di negara ini meragut tiga lagi nyawa, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Malaysia kepada 155 atau 1.03 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata maklumat terkini yang diperoleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Kebangsaan (CPRC) mengesahkan semua kematian berkenaan berlaku di Sabah.

“Kematian ke-153 membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 61 tahun yang memiliki sejarah penyakit diabetes dan tuberculosis mata. Beliau meninggal dunia di Hospital Tawau.

“Kes kematian ke-154 dan 155 juga membabitkan rakyat tempatan, masing masing seorang wanita berusia 54 serta lelaki 51 tahun,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kedua-dua pesakit berkenaan turut disahkan memiliki komplikasi penyakit seperti darah tinggi, jantung dan obesiti.

“Dua kematian itu direkodkan di Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Semporna,” katanya.

Sabah kekal mencatat kes terbesar hari ini dengan sejumlah 277 kes membabitkan 133 daripada saringan kontak rapat, 31 daripada kluster sedia ada, 15 kes kluster baharu dan 18 lagi hasil lain-lain saringan yang dijalankan.

Selangor pula mencatat 44 kes termasuk 13 kes saringan kontak rapat, enam kes pulang dari kawasan berisiko tinggi iaitu Sabah, tujuh daripada kluster sedia ada dan 13 daripada tiga kluster baharu yang dilaporkan iaitu Bah Manggis, Utama, Tasik dan Simera.

Lima kes lagi katanya, membabitkan hasil lain-lain saringan yang dilakukan.

“Kedah mencatat 27 kes, semuanya dari Kluster Tembok manakala Sarawak, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang masing-masing mencatat sembilan, empat dan tiga kes.

“Johor, Perak dan Labuan pula masing-masing merekodkan dua kes manakala satu kes di Melaka serta Putrajaya,” katanya.

Hingga kini, ada 73 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana 28 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – BH

(Visited 16 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: