CEMAR SG. SEMBRONG: 115 KOMPAUN DIKELUARKAN

CEMAR SG. SEMBRONG: 115 KOMPAUN DIKELUARKAN

JOHOR BAHRU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan 115 kompaun terhadap kilang-kilang yang mencemarkan Sungai Sembrong, Kluang baru-baru ini sehingga mengakibatkan ikan mati.

Pengerui Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyanathan berkata, Ops Gempur dilakukan pada 29 dan 30 September lalu yang melibatkan 45 anggota penguat kuasa JAS Johor.

“Sebanyak 55 premis yang tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diperiksa dan hasil daripada tindakan penguatkuasaan beberapa tindakan diambil.

“Sebanyak 115 kompaun dikeluarkan dengan setiap satu RM2,000, 55 notis arahan di lapangan iaitu premis yang tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan 26 notis arahan dikeluarkan kerana tidak menguruskan buangan berjadual dengan baik.

“Selain itu, tiga penahanan kelengkapan operasi dilakukan serta satu kertas siasatan dibuka kerana tiada sijil Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) daripada JAS,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 2 Jun dan 12 Julai lalu ikan-ikan ditemukan mati dalam sungai tersebut yang menjejaskan mata pencarian penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan.

Susulan itu JAS Johor melakukan operasi dan menggantung lesen premis yang disyaki menyebabkan pencemaran di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pelesenan) 1977 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Beliau berkata, operasi itu susulan pencemaran beberapa bulan lalu itu dan JAS Johor memandang serius kes pencemaran Sungai Sembrong.

Operasi berkenaan katanya, akan terus dijalankan manakala penguatkuasaan dan pemantauan secara berkala ke atas punca-punca industri yang melepaskan air buangan ke Sungai Sembrong dan sungai lain di Kluang akan dilakukan.

Orang ramai juga digesa untuk membantu JAS dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar menerusi talian bebas tol 1800-88-2727 atau email ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal eaduan JAS menerusi https://eaduan.doe.gov.my. – JT

(Visited 4 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: