AKHIRNYA ALVIN GOH DICEKUP

AKHIRNYA ALVIN GOH DICEKUP

JOHOR BAHRU 271020 – Setelah hampir 15 hari bersembunyi, Goh Leong Yeong yang dipercayai ketua sindiket Macau Scam dan perjudian atas talian, diberkas polis pagi tadi.

Suspek bersama seorang wanita di sebuah hotel di luar Lembah Klang hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), lapor Utusan Online.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir memberitahu dia ditahan kira-kira pukul 1 pagi tadi bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dilapor mengesahkan mengenai Goh, 32, yang turut dikenali sebagai Alvin.

Goh pada 11 Oktober lalu melarikan diri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

(Visited 30 times, 2 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: