6 KLUSTER BAHARU DIKESAN

6 KLUSTER BAHARU DIKESAN

PUTRAJAYA: Ada enam lagi kluster baharu COVID-19 di Sabah, Negeri Sembilan, Selangor, Johor dan Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes indeks yang dikesan dalam kluster baharu itu hasil saringan di tempat kerja, individu bergejala dan pulang dari kawasan berisiko, iaitu Sabah.

“Kluster pertama yang dikesan dinamakan sebagai Kluster Mesra yang dikesan di daerah Sandakan, Sabah. Sehingga kini, kluster berkenaan sudah menjangkiti 22 individu.

“Kluster kedua ialah Kluster Megah yang turut dikesan di Sandakan dan kini sudah menjangkiti 15 individu,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kluster ketiga dikenali sebagai Kluster Kaya yang dikesan di daerah Seremban, Negeri Sembilan dan kini sudah menjangkiti 55 kes positif.

“Kluster keempat pula ialah Kluster Bah Kayu, membabitkan daerah Gombak di Selangor serta Titiwangsa di Kuala Lumpur. Kluster berkenaan sudah menjangkiti 17 individu.

“Kluster kelima ialah Kluster Baki yang dikesan di Kuching, Sarawak. Sehingga kini, kluster ini sudah menjangkiti lima individu,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kluster keenam yang dikesan hari ini ialah Kluster Kempas membabitkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor dan sudah menjangkiti lapan individu. – BH

(Visited 30 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: