5 DISEMBER PRK BATU SAPI

5 DISEMBER PRK BATU SAPI

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 5 Disember ini sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen, Batu Sapi, Sabah.

Kerusi berkenaan kosong susulan kematian penyandang, Datuk Liew Vui Keong dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada 2 Oktober lalu.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata 23 November pula ditetapkan sebagai tarikh penamaan calon manakala 1 Disember sebagai tarikh mengundi awal.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding hingga jam 11.59 malam, 4 Disember.

“Bagi urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara, tarikh buka dan tutup permohonan adalah pada 13 Oktober dan 19 November 2020,” katanya dalam sidang media pengumuman PRK Parlimen (P185) Batu Sapi, Sabah, di sini hari ini.

Vui Keong, 60, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, Sabah.

Vui Keong yang juga Pengerusi Tetap WARISAN itu berasal dari Kota Belud dan memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dengan majoriti 4,619 undi mengalahkan pencabar terdekatnya, Datin Linda Tsen (BN).

Batu Sapi yang terletak dalam daerah Sandakan kini diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 9 Oktober lalu selepas dikategorikan sebagai zon merah dengan mencatat 316 kes COVID-19 sehingga semalam. – BH

(Visited 10 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: