4 TERSELAMAT, TOYOTA HARRIER TERBAKAR

4 TERSELAMAT, TOYOTA HARRIER TERBAKAR

KLUANG 101020 – Seorang pemandu dan tiga penumpang terselamat selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Harrier dinaiki terlibat kemalangan sebelum terbakar di Kampung MIC, Jalan Batu Pahat-Kluang di sini hari ini.

Kejadian pukul 7.36 pagi itu mengakibatkan Toyota Harrier berkenaan terbakar selepas belanggar dengan sebuah Toyota Fortuner.

Pemandu Toyota Harrier, Lai Woon Yun, 38, dan tiga penumpang terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita dewasa cedera.

Mereka diselamatkan pengguna jalan raya tersebut yang membantu mengeluarkan keempat-empat mereka semasa SUV itu mula terbakar.

Pemandu Toyota Fortuner, Zanariah Mohd. Isa, 47, turut cedera dan kenderaan mengalami kerosakan dengan remuk di bahagian hadapan.

Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT), sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta sebuah Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian.

Ketua Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Zaidi Tumiran berkata, setibanya di tempat kejadian mendapati Toyota Harrier itu sudah terbakar 90 peratus namun berjaya dikawal dalam tempoh kurang lima minit.

“Empat mangsa dalam Toyota Harrier dihantar ke hospital berdekatan dengan menggunakan ambulans, manakala pemandu Toyota Fortuner dihantar ke hospital menggunakan EMRS BBP Kluang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – JT

(Visited 13 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: