2 NELAYAN INDONESIA LALOK DITAHAN MARITIM

2 NELAYAN INDONESIA LALOK DITAHAN MARITIM

KOTA TINGGI – Dua nelayan warganegara asing menaiki sebuah bot gentian kaca ditahan Maritim Malaysia pada kedudukan kira-kira 0.6 batu nautika barat Sungai Rengit, dekat sini kelmarin.

Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (Swasla) mengesan kehadiran bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10.10 malam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd. Zulfadli Nayan berkata, bot berkenaan dipercayai dari perairan Indonesia dan sedang menuju ke perairan Sungai Rengit.

“Bot ronda Maritim Malaysia yang sedang dalam Op Benteng Laut 1/2020 segera memintas bot tersebut. Pemeriksaan lanjut ke atas kedua-dua suspek yang berumur 44 dan 42 tahun seperti berada dalam pengaruh dadah.

“Ujian air kencing kemudiannya benar kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine serta amphetamine,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, semasa serbuan kedua-dua suspek sempat membuang barang-barang bukti ke laut selepas menyedari kehadiran bot maritim.

Katanya, kes tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia memberi amaran kepada orang ramai terutamanya komuniti maritim supaya tidak menjadi tali barut atau pengkhianat negara dengan melakukan sebarang pelanggaran undang-undang khususnya dalam aktiviti penyeludupan migran,” katanya.

Tegasnya, tindakan akan diambil tanpa kompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan kegiatan tersebut.

Pihaknya sentiasa meningkatkan kawalan keselamatan terutamanya menerusi Op Benteng Laut 1/20 yang diaktifkan Mei lalu. – JT

(Visited 6 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: