18 PENGUNJUNG PUSAT HIBURAN DIKOMPAUN RM1,000

18 PENGUNJUNG PUSAT HIBURAN DIKOMPAUN RM1,000

JOHOR BAHRU – Seramai 19 individu yang sedang leka berhibur termasuk seorang penjaga permis ditahan polis di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Permas Jaya, Masai di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata,
semua yang berusia 18 hingga 57 tahun ditahan dalam Ops Hiburan Bersepadu melibatkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada pukul 10 malam.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis itu mempunyai lesen untuk restoran makanan sahaja selain tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan fizikal.

“Pihak penguat kuasa MBJB mengambil tindakan susulan dengan menyita dan merampas barang-barang yang diletakkan di bahagian kaki lima premis berkenaan atas sebab melanggar syarat perlesenan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 18 pengunjung, iaitu 12 lelaki dan enam wanita yang semuanya warga tempatan. Mereka sedang berhibur tanpa ada sebarang penjarakan sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semua pengunjung termasuk seorang penjaga premis iaitu lelaki tempatan berusia 57 dibawa ke IPD Johor Bahru Selatan sebelum dikompaun RM1,000 setiap seorang.

Mereka dikenakan tindakan di bawah perkara 10 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang boleh dihukum di bawah peraturan 11(1) peraturan yang sama.

IPD Johor Bahru Selatan menasihatkan orang ramai agar mematuhi SOP yang digariskan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sebarang maklumat, orang ramai boleh hubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323. – JT

(Visited 2 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: