VAN KESELAMATAN BAWA WANG LANGGAR TIANG

VAN KESELAMATAN BAWA WANG LANGGAR TIANG

Gambar: ihsan bomba

KOTA TINGGI – Tiga pekerja syarikat keselamatan cedera selepas van yang dinaiki terbabas dan melanggar sebatang tiang lampu di Jalan Mersing, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1.59 petang, pemandunya, Sarbini Waribab, 64, dan dua penumpang, Mohd. Arshad Hassan, 52, serta Abdul Azizi Abdullah, 35, cedera.

Dua mangsa tersepit dan semasa kejadian van berkenaan dalam perjalanan ke Mersing untuk menghantar wang tersebut.

Mereka merupakan pekerja syarikat Kawal Wiramas Security.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Rafi Mohd. Nor berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengeluarkan pemandu dan seorang penumpang yang tersepit.

“Kita mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan rescue tool. Seorang penumpang yang tidak tersepit berjaya keluar dengan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, semua mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi bagi tindakan selanjutnya, operasi tersebut tamat pada pukul 2.50 petang. – JT

(Visited 2 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: