TIADA TOLAK ANSUR JIKA TERLIBAT AJARAN SESAT

TIADA TOLAK ANSUR JIKA TERLIBAT AJARAN SESAT

Oleh Abu Hanifah Muhamad

JOHOR BAHRU – Polis tidak akan bertolak-ansur dan menahan pengikut ajaran sesat yang dikesan menjadi ancaman dan membahayakan keselamatan awam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan, jika melangkaui garisan keselamatan negara, mereka akan segera diburu terutamanya jika ada cubaan untuk mengumpul senjata api bagi mencetuskan kacau-bilau di negeri ini.

“Polis tidak boleh mengambil tindakan ke atas penganut atau pengamal ajaran sesat kerana ini di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama, namun kita boleh beri bantuan.

“Namun, jika ada usaha untuk melangkaui garisan keselamatan, contohnya melibatkan senjata api, mengguling kerajaan, mendatangkan kacau-bilau, itu polis akan ambil tindakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Pencegahan Jenayah Ketua Polis Johor Bersama Komuniti Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn, di sini hari ini.

Ayob Khan mengakui sememangnya wujud ajaran sesat dan fahaman yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Johor.

Sementara itu, beliau berkata, kesedaran orang ramai di negeri ini terhadap penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) masih rendah sejak diperkenalkan lima tahun lalu.

Buktinya, hanya 126,430 orang memuat turun aplikasi itu meskipun Johor mempunyai empat juta penduduk.

Katanya, penyaluran maklumat menerusi aplikasi itu membolehkan tindakan cepat diambil bagi mencegah jenayah kerana segala maklumat disalurkan dengan lebih mudah, pantas dan berkesan tanpa sebarang halangan.

“Masyarakat perlu menangkis perasaan takut untuk berkongsi maklumat dan aplikasi itu memudahkan kerjasama antara polis dan masyarakat,” ujarnya. – JT

(Visited 17 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: