RM3.5 JUTA BANGUNKAN PENTERNAKAN LEMBU

RM3.5 JUTA BANGUNKAN PENTERNAKAN LEMBU

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri memperuntukkan RM3.5 juta untuk pembangunan penternakan lembu menerusi 13 program di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor pada tahun ini.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Samsolbari Jamali berkata, program berkenaan melibatkan bantuan kepada penternak terpilih dan berpotensi.

“Kita memberikan mesin pemerah susu, mesin pasturiser, mesin chopper, bantuan pembiakan ternakan secara Artificial Insemnation (AI) dan projek lain yang telah dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan S Dr Ramakrishnan (Bekok-PH) berkenaan kemudahan dan bantuan diberikan pejabat pertanian dalam membantu penternak di negeri ini dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Samsolbari berkata, peruntukan yang disalurkan pada tahun ini meningkat sedikit berbanding RM3.4 juta pada tahun lalu untuk program yang sama.

Selain itu katanya, kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan di bawah Projek Rintis Tenusu dengan memberikan 10 ekor lembu bernilai RM100,000 untuk seorang penternak.

Daripada jumlah tersebut, beliau berkata, RM70,000 ditanggung pihak kerajaan manakala RM30,000 ditanggung penternak.

Beliau memberitahu, terdapat 2,064 penternak lembu pedaging dan 134 lembu tenusu berdaftar di negeri ini sementara dalam DUN Bekok terdapat 52 penternak yang berdaftar.

Samsolbari berharap penternak-penternak yang masih belum berdaftar di seluruh negeri supaya berbuat demikian dan menjalin hubungan baik dengan jabatan tersebut atau agensi berkaitan bagi mendapatkan kemudahab yang disediakan.

“Pendekatan hubungan baik antara jabatan dan pengusaha perlu ditekankan kepada pengusaha aktiviti pertanian lain yang melibatkan Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Agensi Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan sebagainya,” katanya.- JT

(Visited 1 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: