RANHILL SAJ HANTAR 10 LORI TANGKI AIR KE SELANGOR

JOHOR BAHRU – Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ) hari ini menghantar 10 buah lori tangki bekalan air bersih ke kawasan yang terjejas akibat krisis air di Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Nor Ifuan Md. Nor berkata, usaha itu bagi membantu Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan bekalan air bersih itu akan dihantar bermula lewat malam ini.

“Ranhill SAJ akan bersama rakan-rakan di Air Selangor dalam pengagihan air ke kawasan yang terjejas.

“Ini merupakan satu tanggungjawab sosial dan persefahaman yang dilakukan sesama operator bekalan air di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam sebanyak 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat
mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi.

Ini berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas disebabkan berlaku pencemaran air
mentah di kawasan Sungai Gong. – JT

(Visited 16 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: