PEJALAN KAKI MAUT DILANGGAR KERETA

PEJALAN KAKI MAUT DILANGGAR KERETA

Gambar: ihsan Polis

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki yang sedang berjalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta di Jalan Sungai Danga, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.50 pagi, mangsa, Loh Kah Huat, 57, dari Bukit Pasir, Muar, sedang melintas sebelum dilanggar sebuah kereta dipandu seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kereta Perodua MyVi berkenaan datang dari arah Nusa Bestari menghala ke Perling.

“Akibatnya mangsa tercampak di tengah jalan. Lelaki tersebut cedera di bahagian kaki, kepala dan badan telah disahkan mati di lokasi kemalangan oleh pihak ambulans yang tiba ke lokasi berkenaan selepas mendapat maklumat awam.

“Pemandu wanita yang hanya dikenali sebagai Cun, 55, seorang pekerja swasta yang beralamat di Taman Bukit Indah di sini tidak cedera, namun keretanya rosak pada bahagian lampu dan cermin hadapan kanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai untuk bedah siasat.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – JT

(Visited 10 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: