LANTIK ISTERI JADI PEMBEKAL, PEGAWAI LPNM DITAHAN SPRM

LANTIK ISTERI JADI PEMBEKAL, PEGAWAI LPNM DITAHAN SPRM

JOHOR BAHRU – Seorang pegawai ehwal ekonomi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan isterinya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki menyalahgunakan kuasanya.

SPRM memaklumkan, hasil siasatan yang dijalankan mendapati pegawai itu telah menggunakan kedudukannya sebagai Pegawai Kawasan di LPNM dengan memilih isterinya sebagai pembekal benih baja nanas pada tahun 2014 dan 2015 berjumlah lebih RM65,000 dan pembekalan tersebut tidak dilaksanakan.

Suspek pertama berusia 39 tahun bertugas sebagai Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, manakala suspek kedua berusia 37 tahun seorang suri rumah juga merupakan isteri kepada suspek pertama telah ditahan di Pejabat SPRM Johor jam 10.15 pagi tadi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18, 23 dan 28 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. – JT

(Visited 17 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: