KEPUTUSAN PRN SABAH TAK WAJAR JADI PENENTU PRU-15

KEPUTUSAN PRN SABAH TAK WAJAR JADI PENENTU PRU-15

Oleh Abu Hanifah Muhamad

PASIR GÙDANG – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada bulan ini tidak wajar đijadikan penentu untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sama ada menang atau kalah, kêputusan PRN tersebut tidak harus đijadikan âsas untuk mengadakan PRU-15.

“Sebaliknya, kita sememangnya mahukan atau perlukan PRU-15 untuk kita menubuhkan sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan stabil.

“Ini bagi membolehkan Kerajaan Pêrsekutuan fokus terhadap pembangunan negara dan kebajikan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Doa Selamat
Sempena Kerja-kerja Permulaan Hospital Pasir Gudang di Masjid Al-Fallah, Bandar Seri Alam, di sini hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap di Kota Belud, Sabah semalam berkata, di peringkat nasional belum diputuskan tarikh untuk mengadakan PRU-15.

Namun, beliau memberi bayangan PRU-15 mungkin diadakan lebih awal sekiranya parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang dan berjaya membentuk kerajaan.

Mengulas lạnjut, Mohamed Khaled berkata, Perdana Menteri berhak untuk menentukan bila PRU-15 diadakan, namun keputusan untuk berbuat demikian berasaskan PRN Sabah adalah tidak wajar.

Ditanya mêngenai permintaan Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad supaya sempadan Malaysia-Singapura dibuka sepenuhnya, beliau berkata, perkara tersebut ada âsas dan keperluannya.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, keperluan untuk membuka sempadan tidak dinafikan mempunyai kepentingannya sendiri membabitkan kedua-dua negara terutamanya dalam bidang ekonomi, pekerjaan dan perniagaan. – JT

(Visited 16 times, 2 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: