JOHOR FOKUS USAHA PULIH NEGERI PASCA COVID-19

KOTA ISKANDAR – Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad menegaskan fokus serta misi kerajaan negeri kini adalah untuk memulihkan Johor daripada kelembapan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Perkara itu dinyatakan oleh beliau semasa membentangkan rundingan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 2020 pada Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Johor Ke-14, di sini hari ini.

Menurut beliau, dengan hanya menerapkan nilai berdaya tahan dalam pentadbiran, keadaan ekonomi dipercayai akan kembali pulih pada masa akan datang.

Justeru, Menteri Besar mengajak semua pihak melupakan sebentar obsesi untuk menaikkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menaikkan prestasi perdagangan dan meningkatkan jumlah pelaburan.

”Terimalah hakikat bahawa globalisasi pada waktu sebelum ini, berada dalam kedudukan songsang.

“Waktu ini, kita menyedari bahawa kelemahan ekonomi yang terbuka adalah globalisasi itu sendiri.

”Jadi, kita tidak boleh sama sekali tersasar dalam membangunkan ketahanan ekonomi yang bersandarkan dengan sumber dan aktiviti tempatan secara besar-besaran,” katanya. – JT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *