HASNI RASMI SEKOLAH AGAMA BANDAR PUTRA 2

HASNI RASMI SEKOLAH AGAMA BANDAR PUTRA 2

KULAI – Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad merasmikan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) di pekarangan Sekolah Agama Bandar Putra 2, di sini hari ini.

Sekolah tersebut dibangunkan oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) menerusi anak syarikatnya KPRJ Builders Sdn. Bhd.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi; Pegawai Kewangan negeri, Datuk A. Rahim Nin dan Pegawai Daerah Kulai, Mohd. Radzi Mohd. Amin.

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Datuk Md. Rofiki A. Shamsudin dan Pegawai Eksekutif KPRJ, Datuk Mohd. Noorazam Osman.

Keistimewaan projek pembangunan SAKJ Bandar Puta 2 ini adalah daripada segi reka bentuknya yang moden dan kondusif.

SAKJ Bandar Putra 2 yang dibina di kawasan berkeluasan 0.43 hektar turut mempunyai dewan terbuka, perpustakaan, bilik darjah. dewan, kantin, perpustakaan, bilik guru dan pondok menunggu bas.

Terdahulu, Menteri Besar yang juga Pengerusi KPRJ turut menyerahkan plak sebagai simbolik penyerahan tiga buah SAKJ yang dibina oleh KPRJ kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Hal Ehwal Agama Islam di Dewan Raya Putra bandar Putra Kulai, di sini hari ini.

Sekolah tersebut ialah Sekolah Agama Ibnu Sina (Fasa 5), Sekolah Agama Senai Jaya (Fasa 5) dan Sekolah Agama Bandar Putra 2.

(Visited 22 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: